Saturday 26 November 2011

dear friends..

Ehem-ehem...

assalamualaikum w.b.t
sem baru sudah pun bermula. so, nak cakap kat sini. nisa slalu gak akan buka blog.. hampir setiap hari, sebab na tengok perkembangan blogger-blogger lain. tapi, blog nisa tak ada new entry la... nisa open blog pun sekejap je untuk singgah sana-sini hilang kan stress blaja... oke, tu je. nak study.. bye-bye ^.~ 

~End of the story~

Monday 7 November 2011

siapa paling cantik??

sakura dan dorami duduk di bangku taman permainan sambil melihat seorang budak perempuan comel dan cantik yang lalu di hadapan mereka.)



sakura :  dorami,dorami, cantik la budak yang lalu depan kita tu. comel kan die.. ^^

dorami : eh sakura ni, saya tengok die langsung x lawa. Antara saya dan budak tu siapa paling lawa?

sakura : erm.. budak tu lawa. :) awak pun lawa jugak :)

dorami : kalau awak kawan baik saya, awk kena cakap saya sorang je lawa.!! (air mata bergenang)

sakura : baiklah dorami. awak paling lawa..... (*pening lalat -.-")

seorang kanak-kanak lalu di hadapan mereka...

dorami : adik, sini kejap...(memanggil budak kecil yang sedang makan ais krim.)

adik     : ada apa kakak? (sambil menjilat ais krim)

dorami : akak nak tanya, adik nampak tak akak yang dihujung sana tu, antara dia dengan akak, siapa paling cantik?

adik    : eh, cutenye akak yang dekat sana tu. dialah yang paling cantik, akak pun cantik juga. Tapi dia lagi cantik. ^-^

sakura : dah lah dorami. saya mintak maaf sebab dah cakap budak tu cantik, sampai kacau emosi awak. tiap orang ada pandangan masing-masing. awak cantik cara awak, dia cantik cara die.. ok.. 

dorami : tapi, aku nak lagi cantik dari dia. ( sambil menangis)

sakura : jom lah balik -.-"

dorami : sob,sob, sob sambil mengelap hingusnye yang melimpah ruah...




pandangan anda untuk watak sakura dan dorami??

Tuesday 1 November 2011

cantik tarikh hari ni awak. ^^

1.11.11.
taknak ketingalan update blog untuk hari nih... haha.. tarikh yang cantik. asyik bz melayan adik kecik kat umah. rase lama tak update blog and singgah - singgah di blog teman-teman sekalian.. muehehe, xpe, hari ni korang akan dapat singgahan daripada saya pas saya update blog ni...  ;p



ok




kalau ada sape-sape perasan angka ni kat jam masing-masing. maksudnye ada yang rindukan korang.. wee hehe.. jangan percaya sangat. cukup untuk hiburkan hati oke? peace.. 
assalamualaikum.

~~end of the story~~

Thursday 27 October 2011

koleksi cuti sem..

cuti sem sebulan. x buat apa kat rumah, timbul idea nak buat pin-pin n hanger yang cute-cute yang orang biase pakai or beli kat kedai kraf tangan. ada sikit kraftangan yang dibuat oleh saya sendiri tanpa bantuan sape-sape. tapi disokong oleh semua kaum kerabat keluarga memberi semangat dan pujian untuk buat menda ni... heheheee...  Ini dia antara yang berjaya di buat selama seminggu.. hua,hua.. lame woo... susah gak nak mereka mende kecik2 ni... huuu... jadi la hasil yang tak seberapa nak lawa untuk yang pertama kali menceburkan diri dalam kraftangan nih.. kui-kui...

Tada,
.
.
.
.
.
aish.. lupe maw rotate.. ni domo kaler pink.. :)

.
.
.
.
.
.
.

smiley love.. ^^


.


.
.
.
.
.
.
.
pin burung hantu.
.
.
.
.
.
.
.
.
hanger burung hantu,( *mcm x jadi je) :p
.
.
.
.
.
.
.
.

smiley love (*muahaha, yg ni lagi nampak x jadi)
.
.
.
.
.
.
.
.
domo ^^
.
.
.
.
.
.
.
.
heart
.
.
.
.
.
.
.
ice-cream ni buat pada hari pertama.. ^^
 .
.
.
.
.
.
.
.
haaaa............. yang ni agak istimewa. hanger pemberian dari maksu. nama diberi, *ezzah emira.
Weheeee........ enjoy gak wat mende ni time cuti semester yang ke3. Disamping tu, dapat bermanja dengan adik kesayangan, Mia comel..^^
.
.
.
.
.
.
TADA
.
.
.
.
V
alamak... die x pandang camera la... excited nak jenjalan le tu.. ini lah mia sy.. adik kesayangan..


 assalamualaikum...

~~end of the story~~

Sunday 23 October 2011

kawalan kehormatan pada 22/10/2011

skuad 2009 dan 2010
siap sedia skuad.!! ^^
bersama semua ahli keluarga kor suksis kesayangan.
jurulatih kesayangan., encik hamzah yang berjaya melatih kami semua bersama jurulatih lain.
sempoi.
saya dibelakang sana. nampak kepala 1/2. haha.. XD









tahniah semua yang dah berjaya berdiri lama.. ^^ anggaran masa berdiri dalam 20 minit. tapi macam lebih dari yang dianggarkan.. tahniah-tahniah.. :)

Friday 21 October 2011

konvo di UTeM..

Esok bermula konvokesyen untuk akak2 n abang2 yang dah habiskan pelajaran diorang kat utem. ucapan tahniah untuk semua yang bejaya menghabiskan tension belajar kat utem sebagai budak yang teknikal dan bakal menjadi seorang engineer.. :) hehee.. semoga mendapat kerja yang baik2. dan untuk pelajar diploma. sambung lah degree untuk masa depan yang cerah. untuk kawan2 nisa yang graduate esok. tahniah ye. :) dan tahniah juga kepada yang dapat smabung belajar kat UTeM buat kali kedua. Anda orang paling bertuah dapat sambung di UTeM ni.

stress final dah habis, latihan kawad selama 2 minggu pun dah selesai. tinggal untuk hari jadi esok di depan dewan besar UTeM. semangat semakin berkobar nak buat kawalan kehormatan esok. pakaian beruniform dah tersedia untuk dipakai untuk esok. cuma satu masalah, harap hari ni tak silap set alarm lagi. T.T huhuhuuu... hari ni sampai melompat katil double decker tingkat atas, sebab tgok jam dah menunjukkan pukul 6.27 a.m. sempat gak siap sampai untuk rehearsal pagi tadi.. hope esok lebih bersemangat nak bangun pagi. :)

rindu kat mak, rindu kat abah... habis kawad trus balik nilai... :) assalamualaikum.

Sunday 9 October 2011

study time..

final exam untuk habiskan sem 3..




good luck!!

Monday 3 October 2011

Saloh sokmo.

Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI...

Bila jadi baik, ORANG MELUAT...

Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM...
...
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAA NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?..."

Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA...

Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN...

Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGOS...

Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR...

Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'...

Bila kita pakai 'dedah sana-sini'.. ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free...

Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!....."

Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?.."...

Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"...

Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"..

Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka.. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata.. ingat pesanan ini :- Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula.. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan Allah SWT terhadap kita.. bukan pandangan manusia..

Monday 29 August 2011

selamat hari raya!

assalamualaikum,
disini nisa ingin memohon ampun dan maaf dari semua rakan - rakan nisa sekiranya terdapat silap dan salah, terkasar bahasa, termengumpat, termarah, termerajuk, tersebagainya yang negatif, harap awak semua dapat maafkan lah ye. 

adik - adik sekalian, jangan terlalu gembira bermain mercun. nanti hilang jari dah tak dapat nak menulis. tulis pakai kaki lah jawabnye. hehee.


Friday 26 August 2011

destiny lyrics ^^ ost witch yoo hee



You’re my destiny
nae gyote chum to kakka-yi wachwo
nowe do sonul chapgo hanchab-tongan
ne gyote chami tul-kopa
You’re my everything
onjena nae ane isso my love
nae mamenojing no ppuniranun konman arajwo

nae pume kama-nhi issodo
shigani kunyang nomchwossumyon hae
hae malgum noye misoga
nae mame kipsogi turowa
naye kasume mudko issotdon nol hyanghan sarang
hyangkuthan norul nukkimyo itko shipo

hangsang nega nae-ge isso kakka-i
norul chomdo kunyang nukkil su itke

You’re my destiny
nomanul wi-hae hamkke issulke
onjena hangsang katun jari-eso
nomanul para bol koya
You’re my everything
nol wi-hae sara gol koya my love
nae mame norul kadwodul su itke horak-hae-jwo

hangsang nega nae-ge isso kakka-i
norul chomdo kunyang nukkil su itke

You’re my destiny
nae gyote chum to kakka-yi wachwo
nowe do sonul chapgo hanchab-tongan
ne gyote chami tul-kopa
You’re my everything
onjena nae ane isso my love
nae mamenojing no ppuniranun konman arajwo

You’re my destiny
nomanul wi-hae hamkke issulke
onjena hangsang katun jari-eso
nomanul para bol koya
You’re my everything
nol wi-hae sara gol koya my love
nae mame norul kadwodul su itke horak-hae-jwo

Saturday 20 August 2011

puisi si gadis bintang.

buat yang terbaik kepada kesukaan kita,
mengharap diri sentiasa diingati,
supaya diri tidak dilupakan,
pabila diri rasa terasing,
hati menangis luka sendiri,
kerana kesungguhan untuk mendapatkan yang satu,
satu dalam seribu,
keliru..........
setakat ditiup bergoyang, dipanggil bersahut
itupun belum tentu telus
semua palsu sekarangnya; belaka, seluruhnya.
sapaan, senyuman, lirikan mata,; semua plastik
gurauan boneka apakah itu?
hanya permainan jemarimu?

Wednesday 10 August 2011

wordless wednesday #WW

hujan + rain
.
.
.
.
.
.
.
.
.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
V

nama saya rain.^^



Tuesday 9 August 2011

modal "bershopping" di bazaar.

Yes!! hari ni dapat pergi bazaar ramadhan. duit lak di sponsor oleh mak. mak bagi RM50 satu keping + RM10 dua keping so hari ni gi bazaar bermodalkan RM70 untuk satu family. okeh. pesanan mak pulak , " baki jangan lupa pulang ye."  aku : " baik mak" :) (dengan senang hati bawa kereta ke bazaar ramadhan) firstly sampai kat semarak pulak kena pening kepala cari parking kereta bagai. dah bersusah payah akhirnya jumpa gak lah bazaar tu. sampai-sampai. "maksu, kita salah bazaar ke?"  "ish, betollah bazaar nih" kata maksuku. aku, "jap2, harini xder bazaar r. hari ni pasar malam. " dengan hati duka lara pergi cari bazaar tempat lain. cari kat taman cempaka pulak.. so, senang je cari parking. banyak kosong. heee.. okeh. senarai yang nak beli untuk satu keluarga dah ada. Antara senarai-senarai makanan yang dibeli hari ni :

WATAK UTAMA:
  • Ayam percik 7 ketul.
  • laksa 3 bungkus.
  • air tebu 3 bungkus.
  • nasi lemak.
  • laksam.
  • roti john

WATAK SAMPINGAN:

  • popia goreng (satu family)
  • kuih cara (satu family)
  • jelly kelapa (satu family)
  • bubur jagung
  • tepung pelita (satu family)

huhuu.. giler ar... tak sangka pulak sampai tak cukup tangan nak bawa semua juadah berbuka tu. huu.. tiba-tiba teringat pesanan mak. duit baki jangan lupa pulang. hmm. duit baki......... alamak. duit baki tinggal RM7.. hahaaha.. tak sangka. selalu beli makanan sendiri kat kampus dalam RM5 hingga RM8. baru lah sedar sekarang kenapa mak tak nak beli juadah berbuka kat bazaar. selalunyer masak kat rumah. hari ni jadi special sikit, dapat pergi bazaar, tapi tak seindah yang disangka. huwaa. banyak giler duit habis. (kesian la sapa jadi laki aku nanti, hahaha. malang sungguh) =.="

aku  : mak,sorry duit baki ada RM7 je.
mak : tak pa. mak taw dah..
aku  : gulp.. erk( dengan sopan santun pulangkan balik duit baki tu.) heee...


*selamat berbuka semua : )


Friday 5 August 2011

di pagi hari.

Assalamualaikum semua.
Sihat tak semua warga pembaca yang nisa sayangi ni? :) eheee .. hari nie mood gembira sangat-sangat sebab dapat berpuasa dan bersahur di rumah untuk tempoh seminggu bercuti untuk mid semester tahun 2 nisa kat UTeM,Melaka. Pejam celik-pejam celik dah masuk tahun dua.

Seronok sangat – sangat la dapat jumpa family. Dapat jumpa parents, adik2. Waaa.. teruja. Ohoo.. pagi ni tak tawu mau cerita apa sangat. Tapi satu benda nisa nak wish. Untuk pembaca sekalian :


˛* ღ* °♥ * / ˚. ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ* ˛˚ 。✰˚* ˚ ღ ˚ 。✰ •* ˚♥* ˛* ღ* °♥ * / ˚. ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ* ˛˚ 。★/ ˚. ˛ ˚ .`´˛* ღ* °¸.•°*”˜˜ ”*°•.. .` ˚ SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK ˚ ¸.•°*”˜˜”*°•.✫☻/ღ˚ •˚ ˚(⁀‵⁀)˚ ˛* ღ* °♥ * / ˚. ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ* ˛˚ 。✰˚* ˚ ღ ˚ 。✰ •* ˚♥* / ˚. ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ* 。✰˚*



Lagi satu. Terima kasih sebab sudi follow blog nisa ni. Nisa akan buat yang terbaik, disamping tu nisa ingin berkongsi cerita ,pengalaman, dan nisa cuba menjadi rakan terbaik buat awak, awak, dan awak semua,  hehee.






p/s: moga rakan sekalian maafkan diri nisa andai nisa ada buat salah silap. Dibulan mulia ini, diharapkan semua dapat memaafkan diri ini. Salam ramadhan iklas dari diri nisa dan keluarga tercinta. Terutama pada mak dan abah. 

Saturday 30 July 2011

Mahu Kurus ? mari sini baca ******V

Assalamualaikum rakan – rakan sekalian.

Huu… lame gler da tak buat entry baru dalam blog nisa ni. Mane taknye, bz memanjang je dengan assignment dalam 9 jenis assignment termasuk report yang kena submit selasa ni. Memang minggu yang tak cukup tidur lah. Huhu, nasib baik beban sudah kurang hari ni. Tiba- tiba rasa nak buat entry baru. Tajuk entry hari ni jugak nisa kena amalkan. Heheee.
Ok, tajuk hari ni, nisa nak kongsi sikit cara – cara untuk menguruskan badan tanpa mengamalkan diet yang tak seimbang, tak payah nak sakit-sakitkan diri and diet tanpa mengamalkan pil kurus. Ingat, jangan sesekali amik pil kurus tanpa arahan dari doctor pakar yang dah ada sijil perubatan K. bahaya tu.

·         Kawal nafsu makan !

Ha… ingat ye, nafsu makan tu kalau boleh kurangkan sedikit. Jangan setiap masa asyik nak pergi dapur buka tudung saji je.

·         Mandi wap pon boleh 
Tak salah kalau anda mahu mengujungi  steam room ataupun ke sauna. Sebabnya ia dapat buang kalori dan jagu air berlebihan yang ada dalim diri kita.

·         Jadual makan seperti ni. (untuk dikongsi bersama)

Sarapan : jam 7 – 7.30 am, taw..

Diantara makan pagi & tengah hari : 10 – 11 am

Makan tengahari : 12.30 – 1.30 pm

Minum petang : 3.30 – 4.00 pm

Makan malam : 6.30 – 7.30 pm

Kalau lewat malam tu terasa lapar : makan biskut kering je taw. Amik dalam kuantiti sikit…

(jadual ni nisa kaji dari kem SUKSIS yang nisa sertai selama setahun dalam university ni ^^)


Jagan lupa ikut jadual makanan yang macam ni, lepas tu kuantiti tu kita kurangkan sedikit daripada biasa k , makan dengan perlahan – lahan dan juga kunyah makanan tu kepada cebisan yang lebih kecil. selamat beramal.

·         Jangan sesekali ambil makanan ringan
Ok, nasihat disini, tolong jangan sesekali ambil makanan ringan seperti keropok dan yang sama waktu dengannya. Kalau nak makan jugak, pergi masuk bilik air, pergi gosok gigi. Kumur dengan lysterine. Sebabnya mint dia akan membantutkan kita dari makan snek.

·         Sentiasa active!
Kalau ingin menurunkan berat badan dengan berkesan, salah satu caranya adalan dengan bersenam. Contohnya tiap petang boleh pergi belari kat taman rumah or track jogging yang dah disediakan. Ingat, jogging taw, tamo malas – malas kalau nak kurus. Tapi, jangan paksa diri untuk bersenam sehingga boleh memudaratkan. 


 
jum senaman ! ^^







jangan sampai kurus macam dia ni. xD




·         Sejam untuk aktif!
Kenapa sejam ? kat sini nisa dapat idea ni dari sedare nisa jugak lah, dia ad la lecture nisa sikit bab – bab nk kuruih ni..hihiii. kalau tak nak jogging tak pe. Jom kita p jalan kat taman dalam sejam. Huuuu…  kat sini dia terang hormone adreanalin tengah bekerja keras waktu sejam  dan hormone adreanalin ni pulak akan merangsangkan enzyme lipase untuk pecahkan semua lemak – lemak yang terlekat kat anggota badan kita semua ni. Renung-renungkan sekiranya jogging dalam masa sejam. Huuu.. berbaloi-baloi. :p

Ok , cukup kot tips ni untuk dikongsi bersama. Lagi satu diet yang paling baik adalah berpuasa.Esok kita semua akan mula berpuasa. Disini nisa ingin memohon ampun dan maaf atas kekasaran bahasa muhupun kesilapan bicara. Semoga Ramadhan tahun ini penuh keberkata buat kita.. Amin. Janga tinggal puasa ye kawan-kawan.

“SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK DAN SELAMAT BERPUASA”

Sunday 24 July 2011

jum nyanyi jum.. : )

dadali- disaat aku mencintaimu.


Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku
Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Saturday 23 July 2011

perangai manusia akhir zaman!

nak kongsi cerita sedikit lah kat entry ni. Ni nisa mau tanya, korang suka bergaduh tak? Tak kan? Nisa pon tak suka cari musuh. Tapi macam mana pulak kalau nisa nak cakap yang ada orang ni siap bermusuh walaupun dengan kawan sendiri. Nisa bukan hape, nisa kesian kot dengan member dia tu. Sebab nya member dia tu member nisa gak bawah satu bumbung fakulti, tolong masalah masing-masing kalau tak reti nak buat bengkel. Da member yang slalu dok menolong kita waktu kita susah, dia yang akan ada time kita ada masalah, tak kan lah kita nak buat taik pulak ngan org yang da pernah tolong kita. Betol ke tidak??? . Ni lagi satu, bukan dia cari masalah dengan kawan baik dia je. Satu fakulti kitorang dia buat taik! Bukan nak kata hape lah. Member-member perempuan semua n majority semua dah kena dengan perangai dia ni. Hishh. Ya Allah, tak tahu lah nak kata macam mana. Siap nak maki. Masalah dia ni, dia ni tak boleh terima kekalahan. Kalau member cakap dia silap sikit. Dia punya hangin tahap dewa.. -.-“ pas tu mula lah nak kua ayat macam-macam.. ni salah satu ayat yang BIASA kitorang kena dengan dia.. ni, sy copy paste ayat dia lah ni. Sila lihat :


1. Ceh,lawan dgn aku pn kalau,tu tera aku amatur tu...
2. xpa cek tuuuuutttt  muk kata kat aku... xkacau lmak hg pn...
3. sial tuuuuttt!!! Apa2 pn aku xdanya aku kacau lemak hg pn woi!!!
4. sial,babi,butuh,barua,kefuckkn​ dan segala kutukan bagi kat hg,kalau aku leh laknat,aku laknat hg keturunan sampai lumat barua woi,gemuk xsedar diri woi...p mampuih la hg!!!!

5. Nak main kasaq noh,ok2 sial kau tttuuuuutttt!!!
 
Ayat-ayat ni sy amik dari facebook dari group fakulti kitorang. Tak sampai hati nak letak gambar dalam diri dan komen trus, masih ada rasa simpati.huuuu.. Saya harap sangat lah pas ni takkan jumpa orang yang berperangai tak sampai tahap or level budak tadika pon. Apa lagi perangai ni nak bawak sampai university. Come on lah. Kita semua dah besar. Semua dah boleh fikir apa yang salah dan apa yang betul. Tak kan pasal menda kecik besau semut pon nak kecoh sampai satu fakulti. Malu kat orang lah.. nisa dah lame tahan ngan perangai dia ni. Last-last, mane pernah bertegur dah pun. Harap-harap lah lepas ni dia dapat lah ubah diri, muhasabah diri kenapa semua orang tak tahan nak berkawan dengan dia. Mulut celupar tu blum pnah kena cabai ka? Tak kisah lah sebab semua member-member da kena dengan dia. Pas ni dengan penuh pengharapan tak berlaku pada pensyarah pulak.
 
 
 
 
p/s: buat baik berpada-pada. Buat jahat jangan sekali. Renung-renungkan…..
-sebelum tu, nisa nak mintak maaf jika ada kesilapan dalam entry ni. mintak maap banyak-banyak yeh, nisa ni hanya manusia biasa yang penuh juga ngan kesilapan, hanya luahan semata selama satahun berdiam tanpa sebarang tindakan.
 
 

Friday 22 July 2011

ReNuNGaN BeRsAmA.... ApE aKaN JaDi PaDa FeSBuK KiTa SeLePaS KiTa MaTi...

yg hidup pasti akan pergi.


mari kita renung-renungkan bersama fikir-fikirkan bersama jika satu hari nanti kita mati, akaun facebook ini hanya kita yang tahu password hanya kita yang boleh access..   dan   selepas kita mati.. apa yang jadi pada akaun fb kita? mungkin ada yang akan ucapkan takziah mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu tetapi.. sedarkah kita gambar-gambar kita.. akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur? gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna macam mana nanti?

lelaki ajnabi terus-terusan tengok dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita.. walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada.. saham dosa terus meningkat..   macam mana? pernah terfikir tak? tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti? legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita? baju yang membalut aurat itu, bagaimana?   mungkin kini kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya   tapi di akhirnya nanti.. semua itu tidak akan membawa erti semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita..

cuba kita renung-renungkan, saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat   tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~   jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah mati itu pasti persiapkan diri untuk mati itu perlu..

moga Allah redha dengan perkongsian ini amin~   renung-renungkan da selamat beramal :)

P/s: Sebar-sebarkan. Semoga Bermanfaat.

diambil dari pesbuk.com

Saturday 16 July 2011

ikut suka.... duka, ikut rasa... binasa... ikut hati....mati!!

           assalamualaikum. salam saudara, salam rakan sedunia dan salam perpaduan buat semua warga blogger :). sekarang jam menunjukkan pukul 2:45am. saya masih belum boleh tidur. tadi pula mak dah suruh tidur. tapi malam ni tak boleh tidur.. Sorry mak sebab anis tak terasa nak tidur malam ni. tapi esok anis janji anis teman mak pergi pasar borong ye ^^.. hee.. ni kes tak boleh tidur mungkin sebab malam semalam dah terlebih tidur. penat jugak lah drive dari melaka ke nilai. lagi-lagi takder yang teman balik. boleh mengantuk dibuatnya. Dalam perjalanan kelmarin yang nisa nak balik dari melaka tu. highway di seremban, nisa tak tahu lah kenapa. jam dia tak boleh blah jugak lah. boleh kata nak bawa kereta pon boleh tertidur. hish.. bahaya betul. Dalam keadaan jam tu, kadang nisa tertanya-tanya juga kenapa jam macam ni. macam ada benda je yang terjadi kat depan tu.  Kebetulan pulak nisa drive sebelah lori besar, so, nisa boleh nampak apa yang terjadi di lane kiri sekali. Dari bawah lori tu nisa nampak ada dua orang awam yang terbaring berlumuran darah, seorang perempuan mungkin ibu kepada si kecil ,saiz badan dalam umur dua tahun. lepas tu nampak pula lori kaler putih hancur. lepas tu nisa terus pandang depan je,sumpah nisa nak cakap nisa tak sanggup nak tengok dah keadaan diaorang yang berlumuran dengan darah dan terbaring kaku dalam hujan lebat. ramai gak yang dah tolong. nisa harap sangat dua orang yang terbaring tu boleh diselamatkan lagi. dalam hati sepanjang perjalanan dari seremban ke nilai tak putus doa untuk tenangkan hati semasa bawa kereta sendirian. huuh.
         So, kemalangan ni sebenarnya boleh berlaku dimana-mana je kalau kita tak berhati-hati. Kat sini nisa nak beri sedikit nasihat yang ikhlas dari hati nisa dan pesanan abah pada nisa jika berada dalam kenderaan. yang pasti pertamanya adalah doa sebelum memulakan perjalanan ke sesuatu tempat

 {maha suci Allah yang memudahkan perjalanan ini bagi kami dan tiadalah kami berkuasa mempergunakannya, jika tidak kerana kurnia Allah,sesungguhnya kami akan kembali kepada tuhan kami.},

yang kedua, kalau nak bawa kereta jangan lah tergesa-gesa sangat "biarkan lambat asal selamat". yang paling penting semasa nak memandu sesebuah kenderaan, ingat pada orang yang tersayang atau penumpang lain yang duduk dalam kenderaan kita tu. jangan disebabkan kecuaian kita semasa memandu, mereka semua jadi mangsa kemalangan jalan raya. Seperti apa yang berlaku tempoh hari, kemungkinan yang jadi mangsa hari tu adalah isteri dan anak tercinta. kelmarin salah satu punca kemungkinan besar sebab hujan lebat, memang lebat sampai cermin depan boleh kata tak nampak apa-apa. atau juga, boleh jadi driver dia bawak terlalu laju dalam keadaan jalan raya yang licin.
         satu pesanan dari nisa dan juga pesanan kepada diri sendiri, berhati-hati ketika memandu dan ingatlah orang yang kita sayang, mak abah dan keluarga kita semua.


renung-renungkan...


doa naik kenderaan.



Thursday 14 July 2011

satu hari di hari malas.

assalamualaikum semua... nisa nak bagitahu ni, hari ni hari malas nisa sedunia.. mane mood rajin nisa nak cari ni. Maksud malas ni. Asal buka buku je nak tidur, bila dah start buat kerja atau latihan. tahu-tahu je da bangun dari tidur. Rupanya nisa tertidur.. adehhh!!  Kenapa lah time ni "MALAS" tu nak datang.. huuuu.. nape ni... malas giler nak belajar. tapi nak juga belajar!  mood rajin, dimanakah kau??? hehhh... bila da start rajin, habislah, berjam-jam ngadap buku. bleh jadi peneman setia ulat yang selalu rebus buku tu.. ahaks.. pape pon hari ni mood nak study memang tak tahu pergi mana. da merata tempat nisa cari mood nisa tu. dalam meja, celah buku,bwah meja... akhir sekali ape lagi kalau dah cari bawah bantal.. maybe mood rajin belajar tu kuar dalam mimpi kot.. haha


1+1= Hmmm... malas!

dah-dah, semua jangan jadi macam nisa. rajin-rajin lah belajar. Nisa malas hari ni je.. tak tahu nape hari ni hari malas sedunia nisa.. adehh.. =.=" ok. esok ada kelas matematik kejuruteraan dan kelas statistik & dinamik. ok-ok. jum belajar.! Nisa nak cari mood rajin Nisa.. "MOOD RAJIN" mari sini datang pada nisa. jum kita date. hari ni kita date tentang statistik dan dinamik okeh? heheee.. selamat dah merapukan entry malam ni... peace (^.^)v


Wednesday 13 July 2011

jang geun seok-what should i do

Nak dengar lagu video clip ni.. pause dulu radio di sebelah kiri k. :) slamat mendengar. terima kasih ye.. :)


Sunday 10 July 2011

Majlis Pertauliahan Kor Suksis UTeM..

Majlis berlangsung di UTM Skudai Johor Bharu. Kami berangkat pada pukul 2 pagi tadi, memang mengantuk habis lah. bak kate budak2 ni macam orang mati bini. haha, tak tau lah siapa yang cakap. tapi dalam keadaan mamai tu boleh gak lah dengar. ish2...sepanjang perjalanan dalam bas dari melaka sampai UTM, kami semua tidur. sepatutnye excited nak pergi tengok majlis tu. ni macam biasa, excited nak tidur dalam bas.! haha. nisa kot yang excited tidur dalam bas sebab tersedia aircond yang memang boleh buat orang tangkap lentok.. weee.. sampai sana, besar juga UTM tu. tahu-tahu pukul 6 pagi dah sampai kat sana. sampai-sampai terus bersiap untuk tengok majlis pertauliahan kor suksis (kor sukarelawan siswa/siswi) tu berlangsung. kat bawah ni ada lah nisa letak gambar waktu majlis tu berlangsung. susah nak cari senior kami, sebabnye semua universiti bergabung.

me

perbarisan

like2! ^^

formasi


rakan suksis ku. ^^ comel2 semua. :)




 sempat update walaupun tak berapa nak sihat time ni.. penat ke johor.. sob-sob. tapi happy.. :)
hashuuummM!! *demam -.-"

* akak-akak dan abang-abang yang berjaya jadi pegawai kor suksis ni, nisa mahu ucapkan tahniah kerana telah berjaya dalam menjalani atau menyertai kor suksis ni selama 3 tahun. :)

Friday 8 July 2011

Number fon!

Key-in the first 3 digit of your handphone number(not the network 01x number) 
into the calculator..

2) multiply by 80 
3) add 1 
4) multiply by 250 
5) plus last four digit of phone number 
6) plus last four digit of phone number again 
7) minus 250 
8) divide by 2 at last 

Is it your handphone number???? (^_^)" hehe..

ORDER SALAH atau salah order?

     situasi di sebuah medan selera.......

pelanggan : dik, saya nak order nasi goreng ayam sepinggan.
pelayan    : no hal abang. Dengan senang hati, kejap lagi sampai.
pelanggan : eh!! Dik, dengan teh 'O' ais limau lah! takkan nak minum "senang hati"!
pelayan    : Apa kena abang ni? Loyar buruk pulak! (dalam hati sajalah!) -.-"

Tuesday 5 July 2011

wah, sedapnyer sushi!!! .... Takkan makan SHUSHI lagi dah.!!!





sedapkan tengok sushi-sushi diatas ni untuk yang menggemari makanan sushi ni mesti dah terliur tengok gambar diatas ni.. nisa dulu pun suka juga makan sushi, tapi tak terlalu kerap lah makannya. tak addict pon..hehe^^


TAPI... INGIN DIINGATKAN PADA PENGGEMAR SUSHI!

Nisa ada terbaca DonnyDavids blog. beliau ada membuat satu artikle tentang kesan pengambilan sushi terlalu kerap.. awak semua boleh baca ye:


Seorang datuk Shota Fujiwara, sering mengeluh sakit kepala .Beliau  penggemar makanan khas Jepun SUSHI &SASHIMI.Kegemarannya ini bermula sejak dia muda sebagaimana layaknya warga Jepun lainnya. Namun pada usia lanjutnya kini, dia mengalami sakit kepala yg teruk & hebat dalam 3 tahun terakhir, yg praktis membuatnya kesusahan untuk bekerja & menjalani hidup dengan normal. dan sakitnya itu telah membuat kulit kepalanya terus membesar.
Dia telah kehilangan kemampuan psikomotoric-nya sejak 3 tahun lalu. Untuk mengatasi hal itu, dia pergi ke rumah sakit dan menjalani pemeriksaan CT-scan & X-ray utk memastikan penyebabnya. Doktor yang merawatnya menjadi sangat terkejut kerana didapati tampilan benda-benda kecil pelik dibawah kulit kepalanya namun masih di luar tempurung otaknya. Doktor kemudian  memutuskan membedah kecil kulit kepalanya, dan……..kemudian sudah diketahui segala punca masalah. Disitu ditemukan sarang ulat. Sungguh mengerikan.
Kemudian diputuskan untuk melakukan pemedahan kulit kepala secara total untuk memastikan ulat-ulat tersebut boleh dibersihkan dan infection dibawah kulit kepalanya boleh disembuhkan.
Jadi, BERHATI-HATILAH MEMAKAN SUSHI & SASHIMI (IKAN MENTAH, GURITA MENTAH , CUMI MENTAH , UDANG MENTAH dsb Ulat seperti yg didapati pada kepala Shota Fujiwara, adalah berasal dari parasit yg biasa didapat pada tubuh ikan , seafood mentah baik ikanlaut maupun ikan air  tawar. Ulat parasit & telurnya hanya bisa dimatikan dgn melalui proses pemasakan dgn panas tinggi (digoreng, dipanggang matang atau direbus mendidih) atau dgn pembekuan -10 degC s/d -20 degC selamalebih dari 1 minggu.



*(dinasihatkan sila makan semasa melihat gambar ini untuk mendapat lebih kepuasan)


euww!! scary giler.... takkan sentuh sushi dah. (>.<)

pupus by dewa19

Aku tak mengerti
Apa yang ku rasa
Rindu yang tak pernah
Begitu hebatnya
Aku mencintaimu lebih dari yang kau tahu
Meski kau tak'kan pernah tahu

Aku persembahkan hidupku untukmu
Telah kurelakan hatiku padamu
Namun kau masih bisu
Diam seribu bahasa
Dan hati kecilku bicara

Baru ku sadari
Cintaku bertepuk sebelah tangan
Kau buat remuk seluruh hatiku

Semoga waktu akan mengilhami 
sisi hatimu yang beku
Semoga akan datang keajaiban
Hingga akhirnya kau pun mau

Aku mencintaimu
Lebih dari yang kau tahu
Meski kau tak'kan pernah tahu 





*kau tak kan pernah tahu, isi hatiku.