Tuesday, 8 January 2013

UPU

Ada sikit information untuk semua. Sebenarnya semalam dah start buka untuk UPU...! haha, excited-excited. Tapi hari ni baru dapat pergi beli number pin upu kat BSN. Just nak bagitaw semua, sesiapa yang belum pergi beli lagi tu, dijemput hadir ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional oke? Moh kito ramai-ramai sambung belajar. Masuk - masuk bank pergi kat kaunter pertanyaan, and bagitaw dorang nak beli no pin upu. harga number yang nisa beli tadi dalam RM15.70 kalau tak silap. Nisa beli untuk lepasan diploma. Doakan Nisa dapat sambung Degree. Amin.. :)
wish you luck. Sambung jangan tak sambung..
GOOD LUCK ;)

Jurutera yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Friday, 28 December 2012

Makan, Makan dan Makan!

Okay, hari ni nisa nak update pasal makanan. Makanan paling simple yang semua orang or nisa je lah kot yang suka. Tapi rasenye semua org sukakan speghetti. Hari ni dah hari kedua ada kat rumah family nisa, semalam balik - balik dari melaka ke Nilai, perut menggerodak nak mintak makanan. Memang betul - betul lapar. Sampai rumah, letak bag bagai, bukak tudung, masuk dapur tengok apa yang ada dalam peti ais. YES!! ade PREGO.. ape lagi. haha.

Hari pertama di rumah.. recipe sdn. bhd.

carbonara and ori punyer.


Yang ni memang jadi pilihan pertama nisa  (^_^)v

okay, dah habis untuk hari pertama, hari ni hari kedua... kruk kruk krek.. perut berbunyi lagi, okay, nak makan , nak makan... lapar... haha. padahal kat umah ada je nasi mak masak.. tapi, tapi, tapi.... nak makan lagi yang macam smalam! hehe



Bahan-bahan untuk hari ni. fish cake, daging hancur n cendawan. + PREGO! (wajib ado)
 
Haaaahh!! siap... Sedapnyer!!! aumm aummm!! jum makan (^_^)v




Friday, 21 December 2012

Cara - cara Semak Saman Trafik.

Saja - saja nak berkongsi cara nak semak saman. Tempoh hari, nisa ada kena saman, by the way, nisa dah langsaikan hutang - hutang saman sebelum nisa kene naik mahkamah. Tiba - tiba hari ni macam tak berapa nak sedap je hati ni. And trus je tangan ni laju nak sms untuk semak saman trafik yang nisa dah bayar tu. just nak check je dalam sistem, kot-kot la, kita dah keluarkan duit pergi bayar, tiba -tiba takde dalam sistem pulak. tak ke niaya tu.. hehe. oke. lintas lalu info trafik untuk hari ni. (^u^)v


Semak saman Polis Trafik (PDRM) Melalui SMS

PDRM menyediakan saluran mudah untuk semak saman trafik melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Ada 3 cara semak saman melalui SMS :
Cara #1 :
  1. Taip: POLIS<jarak>SAMAN<jarak>Nombor pendaftaran/Plat kenderaan. Hantarkannya hantar ke 32728
  2. Contoh: POLIS SAMAN WEV1025 hantar ke 32728
Cara #2 :
  1. Taip POLIS SAMAN<jarak>No Plat kenderaan dan hantar ke 15888
  2. Contoh: POLIS SAMAN WEV1025 dan hantar ke15888
Cara #3:
  1. Taip POLIS SAMAN [NO KAD PENGENALAN] hantar kepada 32728
  2. Contoh : POLIS SAMAN 123456781234 hantar kepada 32728


Kalau nak tahu lebih lanjut pasal semak saman ni boleh pergi ke link ni ye. :) ;
http://beritasemasa.com/semak-saman-trafik-online

Tuesday, 11 December 2012

Gate oh Gate

"Salam diberi dengan kerajinan tangan untuk menaip"

Hari ni mood teramat lah happy, just nak cerita pasal tadi tengah hari je. time tu nisa n the "house geng" pergi beli tiket balik kampung untuk cuti seminggu. ok la, da habis beli tiket nak balik umah pulak, sebab pergi pon dengan berjaket fakulti. hoho. Tengah nak p bayaq duit tol seringgit nih. punye lah tunggu, asal la mamat pengambil duit sehingget ni x buka gate nak bagi kereta nisa kuar dari situ, xpe la, nisa tunggu, sebab time tu dah blurr.. fikiran masih POSITIF, sebab nisa fikir mesti die punye button nak angkat gate tu problem. Tapi, biler dok tengok mat B*Ng*a tu kaku and pandang depan, mula la dalam otak ni dok fikir, "aku ni dah masuk rancangan yang nak mengenakan orang ke?" macam dalam rancangan JUST FOR LAUGHT tu. (~ bajet ade je, hahaha~ positif thingking betol. :p) sabar punye sabar. kereta belakang pon dah berderet, tiba - tiba je kan. HAHAHA... !!

" hoi bangang, kau x reti nak belah ke? Gate kan dah terbukak! tunggu ape lagi! gerakkan lah kereta tu!! " jerkah dari sang B*Ng*a tu.

"GATE TAK TERBUKA LA!!!!!!!!!!! "
 semua yang dalam kereta bengang dan mengeluarkan kata - kata positif walaupun dalam nada tekanan.
" Ape yang tak terbuka, dah buka la tu!! keluar lah cepat! ergh!! " 
*lupe ape pekataan yg sang B*Ng*a tu cakap lagi.

Dengan hati tenang keretaku bergerak ke depan, gate tu sebenarnye buka separuh. daripada 180 darjah, cuma naik sikit. pergh. pelan - pelan kereta gerak. nasib baik kereta kancil. memang muat - muat, cuma dapat rase gate tu ade terkena bumbung kereta. Agak la, kalu kenari yang nak keluar memang x boleh, sebab kancil pun dah tersentuh dengan bumbung kereta. Nisa ape lagi, keluarkan tangan and tolak gate tu kuat - kuat. dengan harapan semoga gate tu rosak.. :( bapak sedih la dengan sikap orang kita sendiri yang tak ada budi bahasa yang baik. Dalam perjalanan balik semua hati sebal, then dari Melaka Cental sampai ke rumah kami dok bincang pasal hal tadi. adoiyai, beginilah nasib bila jumpe orang yang x reti jaga mulut. Mulut kurang ajar. adoi. fenin - fenin. mana hilangnya budi bahasa. Nisa kalau cakap macam tu la, asenye memang dah kena siat mulut tu dengan abah.

AMEKAW!!
*ade  tak siapa - siapa yang terkena macam nisa and kawan - kawan nisa hari ni? sebab ini kali pertama nisa ade pengalaman pelik bin ajaib. Ada tak? pernah tak?

Sunday, 14 October 2012

MUET SPEAKING

hello there, assalamualaikum and a very good evening to the examiner and all my fellow candidate. firstly my suggestion is, tomorrow i have my MUET SPEAKING at Universiti teknikal Malaysia Melaka with other 3 housemate, ika, ayu, nisya.

first of all, this is my first time to writing in English in my blog. I'm not good in English, but as we know, "PRACTICE MAKE PERFECT" .. hehehe..

for all candidate who will take MUET test tomorrow. I wish you Good Luck for muet speaking tomorrow. ;)


Tuesday, 2 October 2012

kes critical and creative thingking.

punyalah pergi hafal pemikir islam al nafis, al biruni, al khawarizmi,al taimiyah, syah waliyullah, ibn khaldun dan semua2 yg ada lah, boleh pulak x kuar dalam soalan siapa pemikir dalam islam.

 punya lah duduk hafal perbezaan otak kiri ngn otak kanan yg panjang berjela tu pon x kuar jugak,

punyalah dok menghafal korteks lobes yang ada kat otak manusia, cam frontal lobes, parietal lobes, occipital lobes ngan temporal pon x keluar jugak, yang keluar ape fungsi semua lobes ni.. hahaha. hafal soalan je slame nih. pergh.. gigil la menjawab. ingat-ingat je la ape yg dibaca, bukan apa yang kita hafal. nak - nak pulak pasal otak. hoho. giler kentang. 
hoho.

lusa ada lagi exam. good luck uolz. (^-^)v
study smart hokeyh..

~~END of THE STORY~~

Sunday, 29 July 2012

minggu yang tension.

lepas 1, satu kerja kena buat..  minggu ni je ada pembentangan management, pembentangan untuk teknikal komunikasi. report cnc pulak nak submit miggu ni. dengan panjang berjela report tu nak kena buat... huaaaarrgghh tension bai...  minggu ni kne submit report design pulak lagi, report ape lagi nak submit.! quiz lak ad minggu ni hari selasa ni...  huuuh. giler arh sem ni... robot pon leh mampos kalu camni (buang campak laut terus). belom campor projek2 yg lecturer bagi lagi... enam subjek enam group. sampai diri group sendiri pon leh keliru. -.-" 


~~minggu tension. oke bye.~~