Friday, 15 June 2012

kami dianiaya!!


assalamualaikum, dan salam sejahtera buat pembaca sekalian.
di sini saya ingin berkongsi satu pengalaman buat pertama kali bagi diri saya dan rakan-rakan saya yang lain. sebelum itu, ini adalah hanya luahan hati semata. luahan ini penuh dengan kesedihan.

okeh-okeh, sebenarnya da lama saya nak post cerita ni pada hari isnin lepas 11.6.2012. tapi wifi xda.. ngeh2. ni baru nak ada.. ;)

             Ceritanya macam ni, pada 6 march 2012, sebelum practikal saya bersama 3 orang rakan lain, shasha,ayu,ika ada berjumpa dengan pakcik jaafar. Sebelum tu kami memang dah deal ngn dia nak sewa rumah dia. di melaka memang senang cerita, merata tempat mmg susah nak cari rumah sewa. kebanyakan x terima pelajar. ok, satu2nya harapan ktorang yang pakcik ni nak menyewa untuk kami. dia pun da janji. kami memang cakap pada dia yang kami, memang nak menyewa rumah pada dia. okeh, dia pun SETUJU untuk kami menyewa rumah tersebut. kami juga menyatakan sewa tu untuk lepas LI 2 bulan nanti. dia cakap ok. boleh sewa, dia akan simpan rumah tu untuk kami. memang kami yang akan dapat sewa di situ. Jangan risau katanya.  
              Ni cerita selepas kami habis LI, kami ada menghubungi pakcik tersebut mengenai rumah sewa tu, pakcik tu suruh kami bayar deposit RM 200 ikut kepala. Pakcik tu pun cakap, kita jumpa hari ahad 10.6.2012, kami habis LI 8.6.2012. hari ahad kami dengan janji yang telah diberikan akan membayar pakcik tu duit sebanyak rm200 per orang, dengan sukarela pakcik tu kata yang dia dah sewakan rumah tu pada orang lain dan terdapat banyak salah faham... Salah faham taik kucing die? Dia nak tipu student perempuan, tapi dia x pikir student tu ada mak bapak. X sangka ada juga orang yang macam pakcik ni. sanggup biar anak orang hidup merempat. Kami tahu kami perempuan yang lemah, x dapat nak pertahankan diri sebabtu pakcik x nak sewakan rumah pada student lelaki langsung, seanag pakcik nak pijak-pijak kan? saya dari Nilai, kawan saya dari Terengganu,Pahang and Melaka, kawan saya duduk jauh-jauh pakcik. Kenapa pakcik sanggup buat macam tu? Pakcik ada anak x?  Memang kami marah sangat masa tu. Kami hanya ada rumah die je, tapi esoknya kelas nak start, dia boleh sewakan rumah yang kami nak sewa tu pada orang lain. dengar cerita deposit berlipat kali ganda dengan kami, Kami 200, mereka 350... naik 150 untuk mereka. wahh... bagusnye pakcik.. :) hebat..
              pakcik. terima kasih atas segala perbuatan baik pakcik kepada kami. terima kasih kerana menghalau kami dari rumah pakcik. terima kasih sebab pakcik nak kami hidup merempat sebelum dapatkan rumah sewa.. terima kasih atas PENGANIAYAAN pakcik kepada kami. Semua itu susah untuk kami balas dengan wang ringgit.. Biar ALLAH yang balas segala perbuatan baik pakcik kepada kami.. :) TERIMA KASIH ATAS PENGHINAAN PAKCIK, dan ucapan terakhir pakcik atas bantuan salah seorang bapa kepada rakan kami... ungkapan terakhir pakcik kepada ayah beliau dan kami semua iaitu "GET OUT!!!!" Terima kasih pakcik.. Kami berempat bersama keluarga lain akan ingat segala-galanya...
              Doa kami berempat untuk mendapatkan rumah sewa dimakbulkan atas budi baik Puan Jamilah. Puan jamilah sanggup datang dari shah alam hingga ke melaka. Dia sanggup datang, walaupun sedang bercuti  bersam keluarga. sanggup habiskan masa 3 jam di jalan raya untuk kami. Ya Allah, budi baik puan jamilah sangat kami hargai. Terima kasih puan sanggup datang melaka untuk sewakan kami rumah, dan tempat tinggal. dan terlalu tinggi ucapan terima kasih atas info ynag kak rina bagi. suruh hubungi puan. terima kasih kak rina ( senior UTeM ) 
               Akhir kata dari kami kepada orang yang menganiaya kami.. maafkan saya pakcik. kalau saya ikutkan amarah saya, saya nak bawakkan menda ni pada pihak polis.(kalau pakcik ingat kami nak bagi bukti apa pada polis, buktinya pakcik sendiri yg akan cerita.) Tapi bila saya fikir, tak perlu nak panjangkan cerita sebab alhamdulillah, doa orang yang dianiaya sememangnya telah dimakbulkan, syukur alhamdullilah ya Allah. Pakcik. pakcik x knal saya. kalau ikutkan saya, apa guna saya sebagai KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA/SISWI kalau saya x ambil tindakan atas segala penipuan pakcik? :) 


Salah satu pelajaran ketika menjalani kelas Undang-undang bagi SUKSIS UTeM!!! (tanpa mengubah ayat dalam lampiran tersebut)

SEK 415 ;  Tipu
Sesiapa yang dengan mendorong mana-mana orang.sama ada  atau tidak penipuan itu adalah satu-satunya  dorongan atau dorongan utama,-

a) Secara menipu atau tidak jujur mempengaruhi orang   tersebut supaya  menghantar mana-mana harta benda   kepada mana-mana orang ,atau supaya mengizinkan   sesiapa menyimpan harta benda itu; atau
b)  Dengan berniat mendorong orang tersebut supaya   membuat atau tidak membuat apa-apa yang ia tidak akan   buat jika ia tidak didorong dan tindakan atau perkara yang   ditinggalkan menyebabkan atau mungkin menyebabkan   kerugian atau kecederaan kepada mana-mana orang dari   segi badan, ingatan ,reputasi atau harta benda Adalah dikatakan 
menipu " !

SEK 420 KK ;  Menipu dengan curangnya mendorong supaya harta diserahkan
Barang siapa menipu dan dengan jalan demikian itu mendorong dengan curangnya orang yang terperdaya itu samada atau tidak penipuan yang diperhatikan adalah satu-satunya dorongan atau dorongan utama supaya menyerahkan apa-apa kepada mana-mana orang,atau supaya membuat,mengubah,atau membinasakan kesemua apa-apa bahagian sesuatu cagaran berharga,atau apa-apa yang bertandatangan atau bermeteri,dan yang boleh dijadikan cagaran  berharga,hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh hendaklah tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari sepuluh tahun dan dengan satu sebatan,dan boleh dikenakan denda





terima kasih kerana sudi membaca kisah ini, kepada rakan-rakan yang hendak berbuat sesuatu perjanjian, sila berhati-hati. lebih-lebih lagi kepada para wanita, jangan biarkan diri kita ditindas sebegitu rupa. kita juga punyai hak kita atas segala perjanjian yang diberikan. perjanjian pada saya bukan hanya pada mulut beliau. Record ucapan beliau untuk menyewakan rumah masih dalam simpanan. :)
perkara ini telah selesai, semoga yang menganiaya tidak terlepas dari balasan. sekadar berkongsi dan bercerita dari hati.  Alahamdullilah.
sekian..

~~ Tamat~~

3 comments:

  1. pergghhh..sedih lak sis bace blog adek. terima dekat adik2 sis..tak baik kan pakcik wat macam tue. takpe2.sabar ye. semoga pakcik tue akan dapat balasan yang setimpal hendaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eii.. geramnye bile zz bce mcm tu.. teruk btul pak cik tu.. sbar ye... moga Allah balas apa yg dia buat tu..

      Delete
  2. ish ape ke teruk 'sgt' pakcik tua tuh..

    ReplyDelete