Tuesday, 28 May 2013

Vken Ultimate Energy Socks.


Cara mudah untuk mendapat tubuh badan yang sihat dalam jangka hayat panjang. :)


Bagaimana stokin Vken ini membantu badan anda...
Stokin Vken direka khas di dalam bebenang halusnya yang dibuat dari Polimer Polyester dimasukkan 3 unsur atau bahan mineral yang dikisar bersaiz nano.
Bahan tersebut adalah :
  • Titanum
  • Charcoal White Bamboo (arang buluh putih)
  • Batuan Mineral dari lavar gunung berapi.
Ketiga-tiga bahan ini akan bertindak membetulkan semula sistem badan kita dengan bermula pada sistem darah dalam badan.

Kebaikan dari ketiga bahan tersebut :-

  1. Charcoal White Bamboo/ arang buluh putih - Bahan ini sangat baik untuk badan dimana pertamanya ia akan merangsang badan dan membantu dalam pembuangan sisa toxic dan bahan kotor serta kolestrol tepu akan dipecahkan dengan cepat untuk dikeluarkan dari sistem badan kita. Maka darah kita akan kembali bersih dan oksigen dapat dihantar pada sel dengan banyak dan sempurna ini akan mempercepatkan pemulihan sel pada organ dalaman badan kita yang punyai banyak masalah seperti buah pinggang, hati sertan pengkries.
  2. Batuan lavar gunung berapi - Batuan ini adalah gabungan dari pelbagai mineral dari dalam bumi. Kekuasaan Allah sahaja yang mampu mencipta kebaikan ini dimana dari kepanasan lahar gunung berapi akhirnya menjadi batuan yang baik untuk dijadikan sumber rawatan dan fungsi yang baik kepada manusia. Ion-ion daripada batuan ini akan memperbetulkan kitaran darah dalam tubuh kita semula. Dan juga dapat membantu mengembangkan saraf kita kembali supaya aliran darah kembali normal dan sempurna serta fungsi jantung kembali beransur baik. Tekanan darah kembali normal.
  3. Titanium - Kekuatan Titanium ini akan memrangsang tenaga bagi mereka yang lemah, terutama yang pernah menghadapi strok, kemalangan yang mengganggu sistem saraf. Titanium akan menolak dan memecahkan halangan dalam sistem darah dan memacu aliran darah dengan membekalkan oksigen yang baik pada sistem organ dalaman badan untuk memulihkan. Dapat mempercepatkan penyembuhan luka akibat dari penyakit kencingmanis bagi mereka yang menghadapi diabetes / kencing manis. Pengkries kita akan mula membekalkan insulin dengan teratur kembali secara beransur-ansur.
Namun apa yang penting pemakaian stokin ini perlu juga disertakan kawalan pemakanan yang seimbang, untuk mempercepatkan lagi pemulihan badan.




Stokin ini boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja waktu tidur, rehat, berada di pejabat atau sedang bekerja, sesuai juga dipakai bagi semua yang mempunyai gaya hidup aktif dengan melakukan aktiviti senaman juga. 


Stokin Vken dapat menghalang segala masalah yang dihadapi pesakit yang mempunyai masalah seperti dalam gambarajah di atas.


Hubungi saya melalui alamat fb tertera (pm inbox) :
https://www.facebook.com/khairunnisa.anis.52
Price : RM 180.00/ pasang semenanjung malaysia
RM187.00/ pasang sabah dan sarawak
kos penghantaran : RM7.00 


Berminat untuk membuat pembelian, boleh pm saya di https://www.facebook.com/khairunnisa.anis.52.
ataupun tinggalkan pesanan dalam ruangan comment di bawah untuk pesanan pembelian serta maklumat untuk dihubungi di (FB/wassap/wechat/email) anda.  terima kasih.

Friday, 19 April 2013

Sushi


Cuma nak kongsi resepi, untuk yg pertama kali menceburkan diri dalam bidang buatan sushi di rumah. Sebab - sebab sushi dibuat kerana, adik-adik nisa memang minat gila ngan makanan - makanan pelik-pelik. so, nisa ajak dorang shopping untuk buat sushi yang paling ringkas. 

oke, antara bahan-bahan sushi yang wajib ada, 

rumpai laut (Nori seaweed) saiz besar yg biasa ad kat mall.
  
cuka buatan untuk perasa. (guna sushi season pon boleh)

carrot cincang.

jangan lupa Beras Sumo. 
ini semua asas-asas untuk buat sushi.  Seafood apa-apa pon boleh letak.



Firstly, antara langkah-langkah nak buat.
Beras yang digunaka sebanyak 2 cup. cukup untuk 4 org adik beradik yang pelahap sushi.
air ikut sukatan betul - betul paras beras tadi.
setelah nasi siap dimasak.
masukkan 2 sudu cuka, 1 sudu garam, mengikut citarasa masing - masing.
gaulkan hingga sebati.
siap!
letak seaweed atas papan gulung.

ratakan nasi sumo yang telah dimasak, dan ratakan atas seaweed tadi.

hirisan carrot.

hirisan seafood.

gulung dari hujung hingga penghabisan.

siap dipotong.

kalau nak sedap boleh letak thousand island atas sushi tadi. ikut kreativiti masing-masing.
Oke, dah siap untuk dihidang. Tak silap haritu ada yang nak resepi ni. boleh la tgk kat blog ni je. oke. Simple and delicious! yumsss...!

Wednesday, 3 April 2013

Projek Akhir Semester.

zzaaazzzzss...... perkara paling gembira dalam hidup bila kita tak payah nak fikir belajar lagi selama 5 bulan... huaaaa. Syoknya cuti dari segala assignment bagai yang nak pecah otak semua. Haha, dunia ini aku yang PUNYA*. :p 
Segala penat lelah agak and teramat berbaloi bila dah berakhirnya final year. tapi perjuangan masih belum habis, In Sha Allah akan sambung untuk bulan sembilan akan datang. In Sha Allah. Sedikit sebanyak nak cerita pasai Projek yang kitorang dah siapkan selama 1 sem akhir ni. Nisa ada partner dalam buat projek ni, nama dia Nisya. hehe, nama nak sama dah. Kami Buat satu produk yang bernama "ReKam" lebih dikenali sebagai "Sistem Penstabil Kamera." kalau nak taw lebih lanjut boleh tengok kat gambar-gambar kami orang buat kat bawah ni la. harap korang enjoy dengan hasil titik peluh kami selama 4 bulan nak siapkan produk and report. Tak lupa juga atas dorongan supervisor a.k.a lecturer kiteorang En.Meen yang banyak membantu, and sokongan mak abah. Tanpa dorongan mereka, kami tidak akan sampai ke tahap ni. :)











ujian untuk pusingan 360 darjah.

Mereka sangat sporting!

ade ghupe tension pon ade daa.. haha.

Alhamdullilah, tamat shooting. haha. lebau da senyum tu! :D

hasil produk kami "ReKam" penstabil kamera mengikuti tema "kitar semula".

terima kasih rakan seperjuangan kerana sanggup bersama - sama memperjuangkan hingga penghabisan bersama. Kalau ada apa - apa pertanyaan, or nak kongsi ilmu, boleh la hanta email at gadisbintang92@gmail.com.
Kepada jurukamera diluar sana yang berminat, boleh pm saya. :p ramai cakap produk kami diluar sana capai hingga RM2000++. tapi kami dapat hasilkan tak sampai RM1000 pon. Kebanyakan barang yang kami guna pun dari bahan terpakai. Renung - renungkan. ;)





cupcake idaman.





sedikit sebanyak gambar menarik dari encik google..
love cupcake.

Wednesday, 23 January 2013

Tuesday, 8 January 2013

UPU

Ada sikit information untuk semua. Sebenarnya semalam dah start buka untuk UPU...! haha, excited-excited. Tapi hari ni baru dapat pergi beli number pin upu kat BSN. Just nak bagitaw semua, sesiapa yang belum pergi beli lagi tu, dijemput hadir ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional oke? Moh kito ramai-ramai sambung belajar. Masuk - masuk bank pergi kat kaunter pertanyaan, and bagitaw dorang nak beli no pin upu. harga number yang nisa beli tadi dalam RM15.70 kalau tak silap. Nisa beli untuk lepasan diploma. Doakan Nisa dapat sambung Degree. Amin.. :)
wish you luck. Sambung jangan tak sambung..
GOOD LUCK ;)

Jurutera yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.