Saturday, 30 July 2011

Mahu Kurus ? mari sini baca ******V

Assalamualaikum rakan – rakan sekalian.

Huu… lame gler da tak buat entry baru dalam blog nisa ni. Mane taknye, bz memanjang je dengan assignment dalam 9 jenis assignment termasuk report yang kena submit selasa ni. Memang minggu yang tak cukup tidur lah. Huhu, nasib baik beban sudah kurang hari ni. Tiba- tiba rasa nak buat entry baru. Tajuk entry hari ni jugak nisa kena amalkan. Heheee.
Ok, tajuk hari ni, nisa nak kongsi sikit cara – cara untuk menguruskan badan tanpa mengamalkan diet yang tak seimbang, tak payah nak sakit-sakitkan diri and diet tanpa mengamalkan pil kurus. Ingat, jangan sesekali amik pil kurus tanpa arahan dari doctor pakar yang dah ada sijil perubatan K. bahaya tu.

·         Kawal nafsu makan !

Ha… ingat ye, nafsu makan tu kalau boleh kurangkan sedikit. Jangan setiap masa asyik nak pergi dapur buka tudung saji je.

·         Mandi wap pon boleh 
Tak salah kalau anda mahu mengujungi  steam room ataupun ke sauna. Sebabnya ia dapat buang kalori dan jagu air berlebihan yang ada dalim diri kita.

·         Jadual makan seperti ni. (untuk dikongsi bersama)

Sarapan : jam 7 – 7.30 am, taw..

Diantara makan pagi & tengah hari : 10 – 11 am

Makan tengahari : 12.30 – 1.30 pm

Minum petang : 3.30 – 4.00 pm

Makan malam : 6.30 – 7.30 pm

Kalau lewat malam tu terasa lapar : makan biskut kering je taw. Amik dalam kuantiti sikit…

(jadual ni nisa kaji dari kem SUKSIS yang nisa sertai selama setahun dalam university ni ^^)


Jagan lupa ikut jadual makanan yang macam ni, lepas tu kuantiti tu kita kurangkan sedikit daripada biasa k , makan dengan perlahan – lahan dan juga kunyah makanan tu kepada cebisan yang lebih kecil. selamat beramal.

·         Jangan sesekali ambil makanan ringan
Ok, nasihat disini, tolong jangan sesekali ambil makanan ringan seperti keropok dan yang sama waktu dengannya. Kalau nak makan jugak, pergi masuk bilik air, pergi gosok gigi. Kumur dengan lysterine. Sebabnya mint dia akan membantutkan kita dari makan snek.

·         Sentiasa active!
Kalau ingin menurunkan berat badan dengan berkesan, salah satu caranya adalan dengan bersenam. Contohnya tiap petang boleh pergi belari kat taman rumah or track jogging yang dah disediakan. Ingat, jogging taw, tamo malas – malas kalau nak kurus. Tapi, jangan paksa diri untuk bersenam sehingga boleh memudaratkan. 


 
jum senaman ! ^^







jangan sampai kurus macam dia ni. xD




·         Sejam untuk aktif!
Kenapa sejam ? kat sini nisa dapat idea ni dari sedare nisa jugak lah, dia ad la lecture nisa sikit bab – bab nk kuruih ni..hihiii. kalau tak nak jogging tak pe. Jom kita p jalan kat taman dalam sejam. Huuuu…  kat sini dia terang hormone adreanalin tengah bekerja keras waktu sejam  dan hormone adreanalin ni pulak akan merangsangkan enzyme lipase untuk pecahkan semua lemak – lemak yang terlekat kat anggota badan kita semua ni. Renung-renungkan sekiranya jogging dalam masa sejam. Huuu.. berbaloi-baloi. :p

Ok , cukup kot tips ni untuk dikongsi bersama. Lagi satu diet yang paling baik adalah berpuasa.Esok kita semua akan mula berpuasa. Disini nisa ingin memohon ampun dan maaf atas kekasaran bahasa muhupun kesilapan bicara. Semoga Ramadhan tahun ini penuh keberkata buat kita.. Amin. Janga tinggal puasa ye kawan-kawan.

“SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK DAN SELAMAT BERPUASA”

Sunday, 24 July 2011

jum nyanyi jum.. : )

dadali- disaat aku mencintaimu.


Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku
Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Saturday, 23 July 2011

perangai manusia akhir zaman!

nak kongsi cerita sedikit lah kat entry ni. Ni nisa mau tanya, korang suka bergaduh tak? Tak kan? Nisa pon tak suka cari musuh. Tapi macam mana pulak kalau nisa nak cakap yang ada orang ni siap bermusuh walaupun dengan kawan sendiri. Nisa bukan hape, nisa kesian kot dengan member dia tu. Sebab nya member dia tu member nisa gak bawah satu bumbung fakulti, tolong masalah masing-masing kalau tak reti nak buat bengkel. Da member yang slalu dok menolong kita waktu kita susah, dia yang akan ada time kita ada masalah, tak kan lah kita nak buat taik pulak ngan org yang da pernah tolong kita. Betol ke tidak??? . Ni lagi satu, bukan dia cari masalah dengan kawan baik dia je. Satu fakulti kitorang dia buat taik! Bukan nak kata hape lah. Member-member perempuan semua n majority semua dah kena dengan perangai dia ni. Hishh. Ya Allah, tak tahu lah nak kata macam mana. Siap nak maki. Masalah dia ni, dia ni tak boleh terima kekalahan. Kalau member cakap dia silap sikit. Dia punya hangin tahap dewa.. -.-“ pas tu mula lah nak kua ayat macam-macam.. ni salah satu ayat yang BIASA kitorang kena dengan dia.. ni, sy copy paste ayat dia lah ni. Sila lihat :


1. Ceh,lawan dgn aku pn kalau,tu tera aku amatur tu...
2. xpa cek tuuuuutttt  muk kata kat aku... xkacau lmak hg pn...
3. sial tuuuuttt!!! Apa2 pn aku xdanya aku kacau lemak hg pn woi!!!
4. sial,babi,butuh,barua,kefuckkn​ dan segala kutukan bagi kat hg,kalau aku leh laknat,aku laknat hg keturunan sampai lumat barua woi,gemuk xsedar diri woi...p mampuih la hg!!!!

5. Nak main kasaq noh,ok2 sial kau tttuuuuutttt!!!
 
Ayat-ayat ni sy amik dari facebook dari group fakulti kitorang. Tak sampai hati nak letak gambar dalam diri dan komen trus, masih ada rasa simpati.huuuu.. Saya harap sangat lah pas ni takkan jumpa orang yang berperangai tak sampai tahap or level budak tadika pon. Apa lagi perangai ni nak bawak sampai university. Come on lah. Kita semua dah besar. Semua dah boleh fikir apa yang salah dan apa yang betul. Tak kan pasal menda kecik besau semut pon nak kecoh sampai satu fakulti. Malu kat orang lah.. nisa dah lame tahan ngan perangai dia ni. Last-last, mane pernah bertegur dah pun. Harap-harap lah lepas ni dia dapat lah ubah diri, muhasabah diri kenapa semua orang tak tahan nak berkawan dengan dia. Mulut celupar tu blum pnah kena cabai ka? Tak kisah lah sebab semua member-member da kena dengan dia. Pas ni dengan penuh pengharapan tak berlaku pada pensyarah pulak.
 
 
 
 
p/s: buat baik berpada-pada. Buat jahat jangan sekali. Renung-renungkan…..
-sebelum tu, nisa nak mintak maaf jika ada kesilapan dalam entry ni. mintak maap banyak-banyak yeh, nisa ni hanya manusia biasa yang penuh juga ngan kesilapan, hanya luahan semata selama satahun berdiam tanpa sebarang tindakan.
 
 

Friday, 22 July 2011

ReNuNGaN BeRsAmA.... ApE aKaN JaDi PaDa FeSBuK KiTa SeLePaS KiTa MaTi...

yg hidup pasti akan pergi.


mari kita renung-renungkan bersama fikir-fikirkan bersama jika satu hari nanti kita mati, akaun facebook ini hanya kita yang tahu password hanya kita yang boleh access..   dan   selepas kita mati.. apa yang jadi pada akaun fb kita? mungkin ada yang akan ucapkan takziah mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu tetapi.. sedarkah kita gambar-gambar kita.. akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur? gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna macam mana nanti?

lelaki ajnabi terus-terusan tengok dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita.. walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada.. saham dosa terus meningkat..   macam mana? pernah terfikir tak? tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti? legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita? baju yang membalut aurat itu, bagaimana?   mungkin kini kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya   tapi di akhirnya nanti.. semua itu tidak akan membawa erti semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita..

cuba kita renung-renungkan, saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat   tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~   jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah mati itu pasti persiapkan diri untuk mati itu perlu..

moga Allah redha dengan perkongsian ini amin~   renung-renungkan da selamat beramal :)

P/s: Sebar-sebarkan. Semoga Bermanfaat.

diambil dari pesbuk.com

Wednesday, 20 July 2011

Saturday, 16 July 2011

ikut suka.... duka, ikut rasa... binasa... ikut hati....mati!!

           assalamualaikum. salam saudara, salam rakan sedunia dan salam perpaduan buat semua warga blogger :). sekarang jam menunjukkan pukul 2:45am. saya masih belum boleh tidur. tadi pula mak dah suruh tidur. tapi malam ni tak boleh tidur.. Sorry mak sebab anis tak terasa nak tidur malam ni. tapi esok anis janji anis teman mak pergi pasar borong ye ^^.. hee.. ni kes tak boleh tidur mungkin sebab malam semalam dah terlebih tidur. penat jugak lah drive dari melaka ke nilai. lagi-lagi takder yang teman balik. boleh mengantuk dibuatnya. Dalam perjalanan kelmarin yang nisa nak balik dari melaka tu. highway di seremban, nisa tak tahu lah kenapa. jam dia tak boleh blah jugak lah. boleh kata nak bawa kereta pon boleh tertidur. hish.. bahaya betul. Dalam keadaan jam tu, kadang nisa tertanya-tanya juga kenapa jam macam ni. macam ada benda je yang terjadi kat depan tu.  Kebetulan pulak nisa drive sebelah lori besar, so, nisa boleh nampak apa yang terjadi di lane kiri sekali. Dari bawah lori tu nisa nampak ada dua orang awam yang terbaring berlumuran darah, seorang perempuan mungkin ibu kepada si kecil ,saiz badan dalam umur dua tahun. lepas tu nampak pula lori kaler putih hancur. lepas tu nisa terus pandang depan je,sumpah nisa nak cakap nisa tak sanggup nak tengok dah keadaan diaorang yang berlumuran dengan darah dan terbaring kaku dalam hujan lebat. ramai gak yang dah tolong. nisa harap sangat dua orang yang terbaring tu boleh diselamatkan lagi. dalam hati sepanjang perjalanan dari seremban ke nilai tak putus doa untuk tenangkan hati semasa bawa kereta sendirian. huuh.
         So, kemalangan ni sebenarnya boleh berlaku dimana-mana je kalau kita tak berhati-hati. Kat sini nisa nak beri sedikit nasihat yang ikhlas dari hati nisa dan pesanan abah pada nisa jika berada dalam kenderaan. yang pasti pertamanya adalah doa sebelum memulakan perjalanan ke sesuatu tempat

 {maha suci Allah yang memudahkan perjalanan ini bagi kami dan tiadalah kami berkuasa mempergunakannya, jika tidak kerana kurnia Allah,sesungguhnya kami akan kembali kepada tuhan kami.},

yang kedua, kalau nak bawa kereta jangan lah tergesa-gesa sangat "biarkan lambat asal selamat". yang paling penting semasa nak memandu sesebuah kenderaan, ingat pada orang yang tersayang atau penumpang lain yang duduk dalam kenderaan kita tu. jangan disebabkan kecuaian kita semasa memandu, mereka semua jadi mangsa kemalangan jalan raya. Seperti apa yang berlaku tempoh hari, kemungkinan yang jadi mangsa hari tu adalah isteri dan anak tercinta. kelmarin salah satu punca kemungkinan besar sebab hujan lebat, memang lebat sampai cermin depan boleh kata tak nampak apa-apa. atau juga, boleh jadi driver dia bawak terlalu laju dalam keadaan jalan raya yang licin.
         satu pesanan dari nisa dan juga pesanan kepada diri sendiri, berhati-hati ketika memandu dan ingatlah orang yang kita sayang, mak abah dan keluarga kita semua.


renung-renungkan...


doa naik kenderaan.



Thursday, 14 July 2011

satu hari di hari malas.

assalamualaikum semua... nisa nak bagitahu ni, hari ni hari malas nisa sedunia.. mane mood rajin nisa nak cari ni. Maksud malas ni. Asal buka buku je nak tidur, bila dah start buat kerja atau latihan. tahu-tahu je da bangun dari tidur. Rupanya nisa tertidur.. adehhh!!  Kenapa lah time ni "MALAS" tu nak datang.. huuuu.. nape ni... malas giler nak belajar. tapi nak juga belajar!  mood rajin, dimanakah kau??? hehhh... bila da start rajin, habislah, berjam-jam ngadap buku. bleh jadi peneman setia ulat yang selalu rebus buku tu.. ahaks.. pape pon hari ni mood nak study memang tak tahu pergi mana. da merata tempat nisa cari mood nisa tu. dalam meja, celah buku,bwah meja... akhir sekali ape lagi kalau dah cari bawah bantal.. maybe mood rajin belajar tu kuar dalam mimpi kot.. haha


1+1= Hmmm... malas!

dah-dah, semua jangan jadi macam nisa. rajin-rajin lah belajar. Nisa malas hari ni je.. tak tahu nape hari ni hari malas sedunia nisa.. adehh.. =.=" ok. esok ada kelas matematik kejuruteraan dan kelas statistik & dinamik. ok-ok. jum belajar.! Nisa nak cari mood rajin Nisa.. "MOOD RAJIN" mari sini datang pada nisa. jum kita date. hari ni kita date tentang statistik dan dinamik okeh? heheee.. selamat dah merapukan entry malam ni... peace (^.^)v


Wednesday, 13 July 2011

jang geun seok-what should i do

Nak dengar lagu video clip ni.. pause dulu radio di sebelah kiri k. :) slamat mendengar. terima kasih ye.. :)


Sunday, 10 July 2011

Majlis Pertauliahan Kor Suksis UTeM..

Majlis berlangsung di UTM Skudai Johor Bharu. Kami berangkat pada pukul 2 pagi tadi, memang mengantuk habis lah. bak kate budak2 ni macam orang mati bini. haha, tak tau lah siapa yang cakap. tapi dalam keadaan mamai tu boleh gak lah dengar. ish2...sepanjang perjalanan dalam bas dari melaka sampai UTM, kami semua tidur. sepatutnye excited nak pergi tengok majlis tu. ni macam biasa, excited nak tidur dalam bas.! haha. nisa kot yang excited tidur dalam bas sebab tersedia aircond yang memang boleh buat orang tangkap lentok.. weee.. sampai sana, besar juga UTM tu. tahu-tahu pukul 6 pagi dah sampai kat sana. sampai-sampai terus bersiap untuk tengok majlis pertauliahan kor suksis (kor sukarelawan siswa/siswi) tu berlangsung. kat bawah ni ada lah nisa letak gambar waktu majlis tu berlangsung. susah nak cari senior kami, sebabnye semua universiti bergabung.

me

perbarisan

like2! ^^

formasi


rakan suksis ku. ^^ comel2 semua. :)




 sempat update walaupun tak berapa nak sihat time ni.. penat ke johor.. sob-sob. tapi happy.. :)
hashuuummM!! *demam -.-"

* akak-akak dan abang-abang yang berjaya jadi pegawai kor suksis ni, nisa mahu ucapkan tahniah kerana telah berjaya dalam menjalani atau menyertai kor suksis ni selama 3 tahun. :)

Friday, 8 July 2011

Number fon!

Key-in the first 3 digit of your handphone number(not the network 01x number) 
into the calculator..

2) multiply by 80 
3) add 1 
4) multiply by 250 
5) plus last four digit of phone number 
6) plus last four digit of phone number again 
7) minus 250 
8) divide by 2 at last 

Is it your handphone number???? (^_^)" hehe..

ORDER SALAH atau salah order?

     situasi di sebuah medan selera.......

pelanggan : dik, saya nak order nasi goreng ayam sepinggan.
pelayan    : no hal abang. Dengan senang hati, kejap lagi sampai.
pelanggan : eh!! Dik, dengan teh 'O' ais limau lah! takkan nak minum "senang hati"!
pelayan    : Apa kena abang ni? Loyar buruk pulak! (dalam hati sajalah!) -.-"

Tuesday, 5 July 2011

wah, sedapnyer sushi!!! .... Takkan makan SHUSHI lagi dah.!!!





sedapkan tengok sushi-sushi diatas ni untuk yang menggemari makanan sushi ni mesti dah terliur tengok gambar diatas ni.. nisa dulu pun suka juga makan sushi, tapi tak terlalu kerap lah makannya. tak addict pon..hehe^^


TAPI... INGIN DIINGATKAN PADA PENGGEMAR SUSHI!

Nisa ada terbaca DonnyDavids blog. beliau ada membuat satu artikle tentang kesan pengambilan sushi terlalu kerap.. awak semua boleh baca ye:


Seorang datuk Shota Fujiwara, sering mengeluh sakit kepala .Beliau  penggemar makanan khas Jepun SUSHI &SASHIMI.Kegemarannya ini bermula sejak dia muda sebagaimana layaknya warga Jepun lainnya. Namun pada usia lanjutnya kini, dia mengalami sakit kepala yg teruk & hebat dalam 3 tahun terakhir, yg praktis membuatnya kesusahan untuk bekerja & menjalani hidup dengan normal. dan sakitnya itu telah membuat kulit kepalanya terus membesar.
Dia telah kehilangan kemampuan psikomotoric-nya sejak 3 tahun lalu. Untuk mengatasi hal itu, dia pergi ke rumah sakit dan menjalani pemeriksaan CT-scan & X-ray utk memastikan penyebabnya. Doktor yang merawatnya menjadi sangat terkejut kerana didapati tampilan benda-benda kecil pelik dibawah kulit kepalanya namun masih di luar tempurung otaknya. Doktor kemudian  memutuskan membedah kecil kulit kepalanya, dan……..kemudian sudah diketahui segala punca masalah. Disitu ditemukan sarang ulat. Sungguh mengerikan.
Kemudian diputuskan untuk melakukan pemedahan kulit kepala secara total untuk memastikan ulat-ulat tersebut boleh dibersihkan dan infection dibawah kulit kepalanya boleh disembuhkan.
Jadi, BERHATI-HATILAH MEMAKAN SUSHI & SASHIMI (IKAN MENTAH, GURITA MENTAH , CUMI MENTAH , UDANG MENTAH dsb Ulat seperti yg didapati pada kepala Shota Fujiwara, adalah berasal dari parasit yg biasa didapat pada tubuh ikan , seafood mentah baik ikanlaut maupun ikan air  tawar. Ulat parasit & telurnya hanya bisa dimatikan dgn melalui proses pemasakan dgn panas tinggi (digoreng, dipanggang matang atau direbus mendidih) atau dgn pembekuan -10 degC s/d -20 degC selamalebih dari 1 minggu.



*(dinasihatkan sila makan semasa melihat gambar ini untuk mendapat lebih kepuasan)


euww!! scary giler.... takkan sentuh sushi dah. (>.<)

pupus by dewa19

Aku tak mengerti
Apa yang ku rasa
Rindu yang tak pernah
Begitu hebatnya
Aku mencintaimu lebih dari yang kau tahu
Meski kau tak'kan pernah tahu

Aku persembahkan hidupku untukmu
Telah kurelakan hatiku padamu
Namun kau masih bisu
Diam seribu bahasa
Dan hati kecilku bicara

Baru ku sadari
Cintaku bertepuk sebelah tangan
Kau buat remuk seluruh hatiku

Semoga waktu akan mengilhami 
sisi hatimu yang beku
Semoga akan datang keajaiban
Hingga akhirnya kau pun mau

Aku mencintaimu
Lebih dari yang kau tahu
Meski kau tak'kan pernah tahu 





*kau tak kan pernah tahu, isi hatiku.

Selamat Hari Jadi Mak.

 selamat hari jadi buat bonda tersayang, puan Nor Afiza Mohd Noor. huhu, sedihnyer tak dekat dengan mak, rindunyer dekat mak.... cuti lepas anis tak balik rumah, minggu depan pulak ada program tauliah. kena pergi UTM Johor. semoga mak sihat sejahtera di rumah bersama semua keluarga tercinta. Maaf sebab takde disisi untuk menyambut hari lahir mak. sob-sob~~~ anis harap mak dah buka hadiah yang anis beli time silap hari jadi mak bulan lepas.. hehe.. maaf untuk tu.. ^^ ok, happy birthday mak.. love you , miss you so much..

kek ni comel kan? :) ade star..^^...


                        "Happy Birthday Mak."

Monday, 4 July 2011

Malaysia Satu..!!

       hari ni kelab Kumpulan Rakan Siswa JASA ( KARISMA) adakan satu seminar tentang "Mesej Keamanan Untuk Negara-Harmoni 1 Malaysia". Disebabkan oleh keterujaan kami ingin pergi sampai ke putrajaya ni, malam semalam tak dapat tidur. Pakse lelapkan mata pun tak boleh. Sampailah pukul 3.15pagi baru ktorang dapat tidur. bila dah tidur tu. lupa pulak, bas datang jemput tepat pukul 6pagi. Pukul 5.00a.m tepat nisa and ika terpacak dengar ayu menjerit, "DAH LAMBAT!!!". So, terjadilah kisah mandi macam superwoman. kena cepat-cepat pasal takut ketingalan bas .
      bila dah naik bas. terdengar banyak cerita yang semua terlibat untuk seminar ni pun tak boleh tidur. ktorang ingat, ktorang je tak boleh tidur. haish, rupenyer ade juga yang excited nak pergi seminar ni.. huuu, bagusnyer student ni. ha, lupe nak kasi tahu, tempat yang nak pergi ni dekat je. kat putrajaya. (best dapat tidur dalam bas,haha).

dalam dewan auditorium.kementerian dalam negeri, putrajaya.
wah, buka handbag jumpa apple...! yum2. (tp x mkn pon)
member-member yang join seminar nih. ^^
malaysia satu!!!
bye-bye Putrajaya..
         

Friday, 1 July 2011

HIKING di Bukit Beruang,Melaka.

         assalamualaikum. di sini nisa nak cerita sikit aktiviti student-student UTeM macam kitorg ni kalau dah tak ada kelas. dari dok lepak dalam bilik, and study 24jam macam member-member nisa ni, boleh memecahkan kepala otak kalau berterusan berlaku tanpa melakukan sebarang aktiviti. tapi kali ni yang rajin nak exercise panjat bukit tinggi sampai 50 darjah tu buat masa hari ni adalah nisa sendiri dah roomate nisa, iaitu farah iddayu (nanti di bawah ada gambar dia). dengan suhu cuaca di melaka, boleh kata nak cecah takat didih tu tak lah kot. tapi, panasnye bukan main lagi. Nasib baiklah tempat yang kami pergi ni penuh dengan hutan dan pokok-pokok yang cantik menghijau. tak lah terbakar kulit macam kami pergi kursus renang tempoh hari. berbelang bukan main lagi!. haha.. dah macam bear panda. ha! hiking ni, walaupun bukan naik gunung, tapi dia punye terasa tu. pergh... memang terbaik lah penat dia. sampai atas berpeluh-peluh.. (biasalah tu, naik bukit katakan.) lokasi dia di Bukit Beruang,Melaka.







ha.. ni pemandangan di bukit beruang, melaka. cantik sangat.


ni pulak member nisa yg suka ajak naik bukit ni. *maklum lah orang tu dah lama tak dapat naik.haha, bahagia tol muka dia ^^.


ni antara arca yang nisa buat time duduk sembang kt atas bukit tu.