Sunday 10 July 2011

Majlis Pertauliahan Kor Suksis UTeM..

Majlis berlangsung di UTM Skudai Johor Bharu. Kami berangkat pada pukul 2 pagi tadi, memang mengantuk habis lah. bak kate budak2 ni macam orang mati bini. haha, tak tau lah siapa yang cakap. tapi dalam keadaan mamai tu boleh gak lah dengar. ish2...sepanjang perjalanan dalam bas dari melaka sampai UTM, kami semua tidur. sepatutnye excited nak pergi tengok majlis tu. ni macam biasa, excited nak tidur dalam bas.! haha. nisa kot yang excited tidur dalam bas sebab tersedia aircond yang memang boleh buat orang tangkap lentok.. weee.. sampai sana, besar juga UTM tu. tahu-tahu pukul 6 pagi dah sampai kat sana. sampai-sampai terus bersiap untuk tengok majlis pertauliahan kor suksis (kor sukarelawan siswa/siswi) tu berlangsung. kat bawah ni ada lah nisa letak gambar waktu majlis tu berlangsung. susah nak cari senior kami, sebabnye semua universiti bergabung.

me

perbarisan

like2! ^^

formasi


rakan suksis ku. ^^ comel2 semua. :)




 sempat update walaupun tak berapa nak sihat time ni.. penat ke johor.. sob-sob. tapi happy.. :)
hashuuummM!! *demam -.-"

* akak-akak dan abang-abang yang berjaya jadi pegawai kor suksis ni, nisa mahu ucapkan tahniah kerana telah berjaya dalam menjalani atau menyertai kor suksis ni selama 3 tahun. :)

No comments:

Post a Comment