assalamualaikum. salam saudara, salam rakan sedunia dan salam perpaduan buat semua warga blogger :). sekarang jam menunjukkan pukul 2:45am. saya masih belum boleh tidur. tadi pula mak dah suruh tidur. tapi malam ni tak boleh tidur.. Sorry mak sebab anis tak terasa nak tidur malam ni. tapi esok anis janji anis teman mak pergi pasar borong ye ^^.. hee.. ni kes tak boleh tidur mungkin sebab malam semalam dah terlebih tidur. penat jugak lah drive dari melaka ke nilai. lagi-lagi takder yang teman balik. boleh mengantuk dibuatnya. Dalam perjalanan kelmarin yang nisa nak balik dari melaka tu. highway di seremban, nisa tak tahu lah kenapa. jam dia tak boleh blah jugak lah. boleh kata nak bawa kereta pon boleh tertidur. hish.. bahaya betul. Dalam keadaan jam tu, kadang nisa tertanya-tanya juga kenapa jam macam ni. macam ada benda je yang terjadi kat depan tu. Kebetulan pulak nisa drive sebelah lori besar, so, nisa boleh nampak apa yang terjadi di lane kiri sekali. Dari bawah lori tu nisa nampak ada dua orang awam yang terbaring berlumuran darah, seorang perempuan mungkin ibu kepada si kecil ,saiz badan dalam umur dua tahun. lepas tu nampak pula lori kaler putih hancur. lepas tu nisa terus pandang depan je,sumpah nisa nak cakap nisa tak sanggup nak tengok dah keadaan diaorang yang berlumuran dengan darah dan terbaring kaku dalam hujan lebat. ramai gak yang dah tolong. nisa harap sangat dua orang yang terbaring tu boleh diselamatkan lagi. dalam hati sepanjang perjalanan dari seremban ke nilai tak putus doa untuk tenangkan hati semasa bawa kereta sendirian. huuh.
So, kemalangan ni sebenarnya boleh berlaku dimana-mana je kalau kita tak berhati-hati. Kat sini nisa nak beri sedikit nasihat yang ikhlas dari hati nisa dan pesanan abah pada nisa jika berada dalam kenderaan. yang pasti pertamanya adalah doa sebelum memulakan perjalanan ke sesuatu tempat
{maha suci Allah yang memudahkan perjalanan ini bagi kami dan tiadalah kami berkuasa mempergunakannya, jika tidak kerana kurnia Allah,sesungguhnya kami akan kembali kepada tuhan kami.},
yang kedua, kalau nak bawa kereta jangan lah tergesa-gesa sangat "biarkan lambat asal selamat". yang paling penting semasa nak memandu sesebuah kenderaan, ingat pada orang yang tersayang atau penumpang lain yang duduk dalam kenderaan kita tu. jangan disebabkan kecuaian kita semasa memandu, mereka semua jadi mangsa kemalangan jalan raya. Seperti apa yang berlaku tempoh hari, kemungkinan yang jadi mangsa hari tu adalah isteri dan anak tercinta. kelmarin salah satu punca kemungkinan besar sebab hujan lebat, memang lebat sampai cermin depan boleh kata tak nampak apa-apa. atau juga, boleh jadi driver dia bawak terlalu laju dalam keadaan jalan raya yang licin.
satu pesanan dari nisa dan juga pesanan kepada diri sendiri, berhati-hati ketika memandu dan ingatlah orang yang kita sayang, mak abah dan keluarga kita semua.
renung-renungkan... |
doa naik kenderaan. |
No comments:
Post a Comment